Rentung.

658559._UY451_SS451_Rentung, hasil nukilan Sasterawan Negara Dato’ Professor Emeritus Haji Shahnon Ahmad yang mengisahkan tentang penduduk Kampung Banggul Derdap yang rata-ratanya bekerja sebagai pesawah. Novel yang sarat dengan nilai manusia sejagat seperti hasad dengki, fitnah, amok, panas baran, putar belit dan benci-membenci.

Semaun, yang digambarkan sebagai seorang yang bengis, panas baran serta gemar mengamuk tidak tentu hala membuatkan seluruh penduduk kampung benci dan meluat terhadap keluarga Pak Kasa. Semaun dianggap sebagai harimau jantan terluka yang pantang disapa pasti orang tersebut menjadi mangsanya. Semaun dan bapanya Pak Kasa sangat dibenci oleh penduduk kampung yang lain dek kerana perangai mereka yang gemar menakik keting lembu orang serta tidak mahu bercampur dengan masyarakat kampung setempat.

Jusoh, Lebai Debasa dan Tuk Imam dianggap sebagai penduduk kampung yang ‘normal’. ‘Normal’ kerana mereka tidak bergaduh dengan penduduk kampung yang lain dan membuat hal masing-masing. Namun, mereka ini tidak kurang seperti lalang yang hanya mendengar dan mengikut apa sahaja yang baik untuk mereka tanpa mengendahkan sama ada perkara tersebut benar atau tidak.

Dogol, pada awal lembaran kelihatan agak senyap dan pendiam orangnya. Dia dilihat seperti penduduk kampung yang lain yang hanya mengikut telunjuk membuta tuli. Namun, benarlah pepatah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Dogol adalah dalang bagi semua perihal jahat yang berlaku di Kampung Banggul Derdap. Dialah yang menabur fitnah terhadap Semaun dan mengambil kesempatan di atas sikap Semaun yang panas baran itu. Alang-alang Semaun sudah dibenci oleh penduduk kampung, Dogol menjadikan Semaun sebagai kambing hitam di atas segala perbuatan jahat yang dilakukan olehnya.

Namun, di sebalik kekusutan dan onar yang tercetus di antara penduduk Kampung Banggul Derdap, hadir seorang pendamai iaitu Pak Senik. Beliau adalah ketua Kampung Banggul Derdap yang sangat lembut bicaranya, bertolak-ansur, tidak pemarah dan seorang yang pemaaf. Pak Senik sangat sayang kepada anak-anak buahnya. Beliau ingin melihat mereka saling hormat-menghormati serta bukannya bertelingkah dan berdendam sehingga ingin membakar satu sama lain. Walaupun pernah dijerkah dan dihalau seperti anjing kurap oleh Semaun, Pak Senik masih memaafkannya tatkala dipohon oleh Semaun. Pak Senik juga tidak marah atau dendam terhadap Dogol yang tidak amanah dalam pengagihan lembu terhadap penduduk kampung.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s